SoftBank Catat Kerugian Tertinggi $21.6 Bilion Dalam Sejarah Pasaran Jepun

528

‘Antara gergasi yang menguasai pasaran Jepun kini hadapi masalah.’

Menerusi unit pelaburan Vision Fund, SoftBank mencatat kerugian terbesar dalam sejarahnya ekoran faktor kenaikan kadar faedah dan inflasi yang memberi kesan terhadap saham teknologi.

Menyingkap laporan, SoftBank mencatat kerugian bagi bulan Jun sebanyak ¥2.93 trilion atau $21.68 bilion yang merupakan penurunan suku ke-2 (Q2) terbesar Vision Fund.

Selain itu, kerugian bersih bagi suku tersebut adalah sebanyak ¥3.16 trilion berbanding keuntungan ¥765.5 bilion dalam tempoh sama setahun lalu sementara syarikat meluluskan program pembelian balik saham ¥400 bilion pada Isnin.

Ulas pengasas SoftBank, Masayoshi Son kemerosotan yang dicatat boleh dikaitkan dengan tindakan Federal Reserve (Fed) dan bank pusat lain dalam melaksanakan kenaikan kadar faedah bagi membendung inflasi.

Perkara tersebut memberi tekanan kepada saham teknologi, fokus pelaburan utama Vision Fund, sehingga memaksa syarikat bertukar mod ‘defense’ dan ‘konservatif’ selepas catat kerugian ¥3.5 trilion untuk tahun fiskal yang lepas.

Turut digariskan bahawa harga saham pelbagai syarikat portfolionya menurun disebabkan aliran merudum global ekoran kebimbangan yang meningkat terhadap kemelesetan ekonomi.

Tambah Son, dunia dan pasaran kini berada dalam kecelaruan dengan kebanyakannya lebih memilih dalam membuat pelaburan.

Suka untuk diingatkan di mana SoftBank bergantung pada penyenaraian awamn syarikat (IPO) swasta dalam mengumpul dana bagi membiayai syarikat pemula (start-up) lain.

Namun, disebabkan kemerosotan dalam pasaran saham meluas, ia telah menyukarkan syarikat bagi melaksanakan IPO terutamanya untuk sektor teknologi.

Buat masa ini SoftBank difahamkan beralih kepada penjualan kepentingan syarikat bagi mengumpul dana selain mengumumkan ia akan menjual pegangan dalam segelintir syarikat, antaranya Uber dan Opendoor untuk mengumpul $5.6 bilion.

SoftBank juga melaporkan penjualan saham Alibaba berjaya membawa aliran tunai $10.49 bilion pada suku Jun, selain Son menyifatkan e-dagang China tersebut sebagai sumber dana baik untuk syarikat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat