Solana Diramal Lonjak 500% Tewaskan Ethereum! Tapi Bila?

849

“Banyak tu, korang rasa SOL boleh kalahkan ETH tak?”

Setelah mendapat inspirasi daripada wawancara menampilkan ahli ekonomi makro Henrik Zeberg dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Macroinvestor Raoul Pal, Co-founder Glassnode Jan Happel serta Yann Allemann meramalkan Solana (SOL) mampu mengatasi Ethereum (ETH) sebanyak 500%.

Perspektif optimis mengenai SOL daripada pengasas Glassnode telah muncul semasa terdapat perbincangan tentang potensi kenaikan besar-besaran dalam carta SOL/ETH ditambah pula Pal dan Zeberg menyatakan keyakinannya terhadap momentum bullish SOL.

Menerusi cerapan analitik Glassnode, unjuran carta mencadangkan potensi prestasi SOL adalah empat hingga lima ganda lebih baik berbanding ETH sekiranya musim bull run sudah berlaku pada masa hadapan.

Sungguhpun harga SOL dan ETH masing-masing kini melihat penurunan 11.39 serta 7.38% sepanjang minggu lalu, pengasas Glassnode sungguh percaya kemampuan SOL untuk mengatasi ETH bukanlah kejadian yang mustahil.

Hal ini kerana SOL telah menunjukkan pergerakan satu tahun yang sangat kuat di mana harganya menggunung 340.43% daripada $20 kepada $126 berbanding ETH yang memang turut naik 59%, tetapi masih melihat pertumbuhan yang sedikit.

Ramalan kenaikan harga daripada pengasas Glassnode itu telah memperkenalkan sudut yang agak menarik susulan apabila pasaran mata wang kripto berkembang, pelabur akan memantau dengan teliti sama ada SOL dapat mengatasi ETH dengan unjuran 500%.

Setakat penulisan ini, harga SOL menjunam sebanyak 6.39% pada paras $84.86 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $36 bilion manakala ETH pula juga merekodkan penurunan 4.43% pada $2,332.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat