Solana (SOL) Bakal Runtuh? Ether (ETH) & Polygon (MATIC) Kini Jadi Pilihan

670

‘Benda okay je tapi sebab si penjenayah yang promote, hancur reputasi.’

Sejak dari keruntuhan exchanger kripto FTX dan penangkapan Sam Bankman-Fried, rangkaian blockchain Solana (SOL) kini berada di bawah tekanan.

Berita terbaru mendapati 2 projek non-fungible tokens (NFT) utama rangkaian itu berjaya mencari jalan keluar untuk berpaut pada ekosistem Ether (ETH) dan Polygon (MATIC).

Y00topia dan DeGods kini dilaporkan bakal mengucap selamat tinggal kepada SOL dengan secara rasminya beralih ke rangkaian ETH dan MATIC pada suku pertama (Q1) 2023.

Menerusi ciapan di Twitter, akaun rasmi Y00topia dan DeGods mengesahkan peralihan itu.

Dalam pada itu, Solana tampak menerima tempias besar daripada keruntuhan FTX memandangkan firma exchanger itu memegang hampir $982 juta SOL.

Lebih parah lagi apabila Bankman-Fried sebelum tertangkap sering menguar-uarkan sokongannya terhadap ekosistem SOL sehingga meninggalkan imej buruk pada blockchain itu.

Setakat bulan lepas, SOL yang pernah menjadi 10 kripto pilihan berdasarkan permodalan pasaran kini berada di kedudukan ke 16 dengan nilai pasaran sebanyak $5 bilion berbanding $13.5 bilion sebelum kejadian FTX.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat