Solarvest Ikat Kontrak Bernilai RM175 Juta, Bakal Dirikan Ladang Solar Terbesar!

602

Unit Solarvest Holdings Bhd, Atlantic Blue Sdn Bhd telah mendapat kontrak bernilai RM175 juta bagi mendirikan kemudahan penjanaan tenaga solar (PV) terbesar di Chuping, Perlis.

Menurut Solarvest, unit telah dilantik menjadi kontraktor kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bagi pembangunan kemudahan PV solar 50MW.

Projek tersebut diperoleh daripada Classic Solar Farm Sdn Bhd.

Menilai kepada kontrak EPCC, unit Solarvest akan melaksanakan reka bentuk, kejuruteraan, pemasangan dan pelbagai aspek lain pada sistem PV surya serta ke semua infrastruktur yang berkaitan.

Ketua Pegawai (CEO) Kumpulan Solarvest, Chong Chun Shiong berkata projek tersebut bakal menjadi loji tenaga suria terbesar di Perlis dengan penjanaan tenaga bersih kira-kira 78,450 tan CO2 setiap tahun setelah dimulakan.

“Kepercayaan yang diberi merupakan kegembiraan kepada kami dalam membangunkan projek mercu tanda dan membantu untuk mendirikan tenaga bersih dari wilayah utara,” katanya.

Dalam pada itu, order book syarikat juga telah melonjak kepada RM583 juta dan menjadi salah satu order book EPCC solar terbesar di Malaysia hari ini.

Sejajar dengan perancangan pertumbuhan, Solarvest berusaha untuk mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan tenaga kerja bagi mencapai permintaan yang kian meningkat.

“Faktor ini dilihat sebagai pembakar semangat kami bahawa tenaga boleh diperbaharui bakal terus memainkan peranan penting dalam memenuhi pemulihan ekonomi di Malaysia,” tambanya.

Setakat 3.10 petang, harga saham Solarvest menjunam empat sen atau 2.90% kepada RM1.34 dengan memiliki permodalan pasaran bernilai RM896.34 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat