Sony Labur USD250 Juta Dalam Epic Games, Pencipta Fortnite

230

Khamis lalu dilaporkan Sony sekali lagi membuat pelaburan sebanyak $250 juta terhadap Epic Games, sekaligus memperolehi 1.4% pemilikan saham Epic Games.

Pelaburan Sony terhadap Epic Games ini bukanlah yang kali pertama. Secara tidak langsung, menerusi pelaburan kali ini meletakkan syarikat permainan video itu pada nilai $17.86 bilion.

Epic Games merupakan syarikat kelahiran permainan video seperti Fortnite dan Infinity Blade.

Selain itu, mereka juga turut menyediakan produk, Unreal Engine yang mana merupakan koleksi peralatan untuk pembinaan permainan.

Melalui perjanjian yang dilakukan akan membuka peluang kepada Sony dan Epic Games untuk terus bekerjasama dalam hiburan dan teknologi Sony serta platform hiburan sosial dan ‘ekosistem digital’ Epic Games.

Namun, ini tidak bermakna Epic secara eksklusif milik Sony. Syarikat tersebut masih lagi terus menerbitkan permainan keluaran mereka di platform yang lain.

Epic Games yang ditubuhkan pada 1991 sudah bekerjasama dengan Sony selama bertahun-tahun dan KKR, Vulcan Capital serta Tencent Holdings merupakan penyokong utama syarikat ini.

Dilaporkan Epic Games juga berjaya memperoleh 9 syarikat lain sejak 2018 dengan Cubic Motion merupakan syarikat terbaru yang berjaya dimiliki pada Mac 2020.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat