SpaceX Elon Musk Bawa 62 BTC Ke Bulan Untuk Main Cari Harta Karun!

297

“Pemenang tu mesti beruntung kan, ye la dapat 62 BTC kot siapa nak bagi.”

LunaCrush, syarikat kripto terkenal bersama SpaceX rancang laksanakan aktiviti pencarian harta karun di bulan, di mana hadiahnya adalah kunci peribadi ke wallet aset digital yang mengandungi 62 Bitcoin (BTC) bernilai $1.7 juta.

Hadiah tersebut akan dihantar melalui kapal angkasa SpaceX yang mempunyai kod rahsia terukir yang bakal dilancarkan pada musim luruh 2023.

Secara konteks, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla dan Twitter, Elon Musk telah membangunkan SpaceX pada tahun 2002 dan beliau merupakan penyokong tegar kripto apabila baru-baru ini menukar logo Twitter menjadi memecoin kegemarannya Dogecoin (DOGE).

Diperjelaskan lebih lanjut, LunarCrush berkata bahawa keselamatan wallet tersebut sangat terjamin susulan pekerja atau sesiapa sahaja sama sekali tidak akan mengetahui kod rahsia itu.

Meskipun begitu, semua pihak berupaya menambah dana dalam wallet tersebut memandangkan ia sentiasa terbuka.

Hadiah BTC berikut dapat dituntut oleh individu pertama yang berjaya mencapai ke bulan dan menemui kunci semasa pencarian harta karun tersebut, terang LunarCrush sambil menambah mereka berhasrat memberi inspirasi kepada ramai individu untuk mempelajari perkara baharu dan luaskan perspektifnya.

Sebagai sebahagian daripada usaha mengumpul wang untuk projek itu, LunarCrush memeterai perjanjian bersama perniagaan lain seperti syarikat animasi Golden Wolf dan pembekal alat pembangun BTC digelar Hiro bagi tawarkan koleksi non-fungible token (NFT).

Sementara syarikat itu turut berhasrat merekodkan proses yang dapat pastikan tiada kekeliruan dalam bahagian prosedur dan selepas Lunar OutPost’s Mapp rover mendarat di bulan, ganjaran akan tersedia kepada sesiapa yang menemuinya terlebih dahulu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat