“Kenapa pula syarikat Elon Musk ni tiba-tiba je nak jual BTC?”
Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) menjunam drastik pada $25,200 apabila syarikat penerokaan angkasa lepas SpaceX milik Elon Musk dilaporkan menjual $373 juta dalam BTC yang diperolehnya daripada tahun 2021 sehingga 2022.
Dokumen menunjukkan bahawa jumlah perbelanjaan SpaceX pada tahun 2022 adalah $5.2 bilion kemudian membelanjakan $5.4 bilion pada 2021, di mana syarikat itu telah memperoleh harta, peralatan, penyelidikan dan pembangunan pada 2022.
Memang tidak dinafikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX Elon Musk pada tahun 2021 mengumumkan secara terbuka bahawa beliau telah memperoleh sejumlah besar BTC, tetapi malangnya ia tidak dedahkan jumlah pegangannya.
Pada tahun sama, pemfailan daripada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) memaklumkan Tesla iaitu syarikat juga diasaskan oleh Musk telah mempunyai rancangan untuk membeli aset digital bernilai $1.5 bilion.
Rentetan pengumuman sedemikian, harga BTC berjaya melonjak ke paras tertinggi sepanjang masa melebihi $43,000.
Bagaimanapun, harga BTC nampaknya pada masa ini tergelincir jauh apabila Musk dikhabarkan menjual sejumlah BTC tetapi perlu diketahui bahawa Ethereum (ETH) termasuk aset digital lain turut terkesan susulan daripada tindakan beliau itu.
Menurut penganalisis kripto terkenal, kejatuhan BTC adalah untuk harganya naik lebih tinggi susulan harga aset digital tersebut masih berada dalam momentum bullish dan beliau juga dedahkan peristiwa itu adalah penjualan terbesar sejak kejatuhan FTX.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menyusut sebanyak 6.91% pada paras $26,608 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $517 bilion seterusnya mencatatkan penurunan 9.56% sepanjang minggu lepas.