SPRM Siasat Aman Palestin, RM70 Juta Dana Awam Diseleweng?

456

Terkini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan 41 akaun dan beberapa agensi lain pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin berjumlah RM15,868,762 selepas mereka didakwa menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai.

Dalam kenyataannya, siasatan ini telah dilakukan sejak pertengahan Oktober dan mereka turut menggeledah premis Aman Palestin bagi menyemak dokumen berkaitan kewangan serta pengurusan operasi sepanjang tempoh lima tahun.

Siasatan berkenaan dijalankan bagi mendapatkan keterangan berhubung kesalahan mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan (Akta 574).

SPRM turut merakam keterangan beberapa saksi dan hasil siasatan awal mendapati beberapa isu membabitkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta dimanfaatkan bukan objektif sebenar penubuhan syarikat berkenaan.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki melaporkan ini merupakan tindakan awal siasatan sebelum pihaknya memanggil beberapa individu yang terlibat.

Sebelum ini, Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) agar tidak membenarkan kutipan Tabung Aman Palestin dilaksanakan di premis agama Islam di negeri itu.

Tindakannya itu disebabkan keraguan terhadap pengumpulan dan pengagihan dana oleh Aman Palestin serta menuntut lebih banyak ketelusan berkenaan isu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat