Stacks (STX) Melonjak Lebih 32%, Jalin Kerjasama Dengan OKCoin Dalam Projek Terbaharu Bitcoin

320

Walaupun Bitcoin (BTC) mencatatkan penyusutan pada hari ini, diikuti dengan beberapa altcoins utama seperti Solana (SOL), dan Cardano (ADA), Stacks (STX) mencatatkan peningkatan yang luar biasa dalam 24 jam!

Berdasarkan pemerhatian semasa, STX didagangkan pada $1.41, melonjak lebih 32% dan hampir 22% untuk rekod seminggu.

Apa yang berlaku?

Dalam pengumuman terbaru, pertukaran kripto Asia – OKCoin mengumumkan kerjasama dengan Stacks untuk membawa kepentingan revolusi Web 3.0 ke rangkaian Bitcoin.

Melalui projek terbaharu, OKCoin juga telah membuat pelaburan bernilai $165 juta (RM692 juta) bagi menyokong sejumlah projek pembangunan aplikasi desentralisasi – ‘The Bitcoin Odyssey’ di Bitcoin.

TBO juga menerima sokongan daripada entiti yang merangkumi beberapa syarikat: Digital Currency Group, White Star Capital, dan GSR.

Ketua penyenaraian OKCoin, Alex Chizhik menjelaskan inisiatif ini sememangnya satu usaha bersama tetapi bersifat desentralisasi tanpa hierarki.

Malah, pilihan Bitcoin adalah kerana potensinya sebagai rangkaian sepenuhnya desentralisasi bagi keseluruhan ekosistem. Wajarlah jika Bitcoin menjadi tumpuan utama dalam penerapan kripto.

Tetapi pelabur perlu tahu bahawa Bitcoin masih belum cukup diteroka.

Buktinya, rangkaian ini belum berkemampuan untuk menjalankan aplikasi desentralisasi (dApps) atau menyokong sokongan kompleks sama seperti sesebuah komputer lama.

Maka, usaha antara OKCoin dan Stacks dijangka akan menelan tempoh masa yang sangat panjang!

Apa-apa pun, sama-sama nantikan bagaimana pertumbuhan Bitcoin mengejar rangkaian-rangkaian yang sudah terkedepan!

Rincian Stacks (STX)

Stacks merupakan blockchain lapisan-1 (layer-1) yang memanfaatkan perlindungan rangkaian Bitcoin menggunakan mekanisme Proof of Transaction (PoX).

Dasarnya, Stacks bertindak sebagai lapisan pengiraan dan pada masa yang sama menggunakan Bitcoin sebagai lapisan penyelesaian.

STX pula token natif yang membantu dan merancakkan perlaksanaan kontrak pintar di Stacks.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat