Staking Kripto Sebenarnya Berbaloi Tak Untuk Pengguna?

2,202

“Strategi masing-masing berbeza, ada pelabur rasa staking bagus tapi ada yang tak.”

Selain anda boleh membeli dan menjual mata wang kripto atau token untuk dapatkan untung, staking adalah salah satu kaedah popular yang menjadi pilihan pengguna untuk jana profit dengan risiko lebih rendah.

Apa itu Staking?

Staking adalah mengunci mata wang kripto dalam rangkaian blockchain untuk menjana pendapatan pasif sama seperti menyimpan wang di bank bagi memperoleh pulangan tanpa melakukan jual beli atau perdagangan.

Apa sebenarnya yang berlaku adalah koin atau token yang dipertaruhkan itu digunakan ibarat cagaran, sebagai balasannya pelabur akan menerima ganjaran kerana menyumbang kepada faktor keselamatan rangkaian.

Koin atau token tersebut digunakan untuk mengesahkan transaksi yang berlaku di blockchain melalui mekanisme konsensus proof-of-stake (PoS).

Antara blockchain yang menggunakan mekanisme PoS adalah seperti Solana (SOL), Cardano (ADA) dan Cosmos (ATOM).

Namun para pelabur pasti musykil dan bimbang adakah kaedah staking ini mampu memberi keuntungan kepada pengguna ataupun hanya untuk kepentingan satu pihak sahaja.

Win-Win Situation?

Antara manfaat staking adalah membantu pelabur menjana keuntungan pasif dengan hanya menyimpan sesuatu token kripto tanpa perlu terlibat dalam transaksi jual beli. Dalam masa yang sama, pelabur juga sebenarnya menyokong keselamatan dan kestabilan pada sesuatu rangkaian blockchain.

Staking juga tidak memerlukan seseorang pelabur itu mempunyai pengetahuan teknikal yang begitu mendalam, dengan hanya semudah menyimpan sesuatu token sahaja dalam pegangannya. Juga tidak memerlukan perkakasan yang canggih dan khusus seperti aktiviti mining yang menggunakan kad grafik komputer yang berprestasi tinggi.

Kelemahan Pada Staking

Hal ini kerana salah satu kelemahan terbesar staking kripto ialah kehilangan kecairan (liquidity), di mana ia boleh mengikat aset digital pelabur untuk jangka masa panjang. Misalnya, pelabur yang staking aset digital baru dalam tempoh setahun sama sekali tidak dapat mengaksesnya.

Selain itu, pergerakan pasaran kripto yang sentiasa volatile boleh akibatkan pelabur menghadapi sejumlah kerugian jika mereka staking sesuatu aset digital itu contohnya selama setahun pada peratusan hasil tahunan (APY) 20%, namun harganya turun sebanyak 40%.

Pelabur turut akan berisiko rugi sekiranya validator didapati melanggar peraturan rangkaian dengan mengambil sebahagian daripada pegangan aset digital staker tersebut.

Manakala kebanyakan rangkaian yang hanya membenarkan pelabur mengambil bahagian daripada staking jika memenuhi jumlah minimumnya akan menjadi penghalang kepada mereka untuk staking susulan tidak mempunyai aset digital yang mencukupi.

Dalam pada itu, pelabur juga boleh menerima tempias apabila sesuatu platform yang digunakan mereka untuk staking, digodam ataupun musnah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat