Starbucks & Kenny Rogers Bentang Strategi ‘Survival’ Di Sebalik Krisis Inflasi

744

‘Perghh, baik punya strategi ni. Pakat mai minum Starbucks selalu.’

Pengendali rangkaian makanan Starbucks dan Kenny Rogers Roasters di Malaysia, Berjaya Food Group, membentangkan strategi ‘survival’ untuk mengurangkan kos tanpa menaikkan harga yang boleh membebankan pengguna.

Jelas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan, Sydney Quays, mereka merancang untuk mengorbankan margin kos pengeluaran berbanding menaikkan harga kepada pengguna.

Umumnya, kesan perang di Ukraine telah mencetuskan lonjakan harga pada komoditi dan secara tidak langsung telah mengganggu rantaian bekalan di seluruh dunia sehingga memaksa syarikat makanan dan minuman menaikkan harga.

Rentetan itu, Quays berpendapat bahawa menaikkan harga produk akan mendapat tentangan kuat oleh pengguna yang sudah marah dengan inflasi maka solusi yang dicapai adalah dengan mengawal kos dengan pengurusan yang baik.

Sebagai pengetahuan, Malaysia yang merupakan pengimport makanan bersih sedang bergelut mengawal tekanan harga dengan nilai mata wang ringgit (RM) merosot ke paras terendah 2 tahun berbanding dolar bulan lalu.

Pada bulan lalu, Malaysia telah bertindak menghentikan eksport ayam bagi menyekat kenaikan harga tempatan dan melanjutkan had harga ayam serta telur sehingga 30 Jun.

Sungguhpun begitu, Quays menegaskan Kenny Rogers Roasters tidak akan menaikkan harga makanan berasaskan ayam mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat