Sterling dan Greenback – Manakah Lebih Mendominasi Pada Dagangan GBP/USD Hari Ini?

499

Perkembangan semasa Brexit kembali dilihat berisiko dalam pasaran membuatkan dagangan Sterling semakin goyah.

Perdana Menteri Britain, Theresa May telah meminta untuk tempoh penangguhan Brexit sehingga 30 Jun berdepan halangan dari sebahagian daripada anggota negara Kesatuan Eropah khususnya Perancis yang memberi amaran untuk menolak permintaan tersebut melainkan PM memberi jaminan kelulusan Parlimen.

Tempoh penangguhan juga dilihat terlalu singkat berbanding yang dijangkakan pasaran membuatkan dagangan GBP mula menunjukkan penurunan semula.

Di samping itu juga, tumpuan pelabur pada hari ini akan terarah kepada keputusan penetapan kadar faedah dalam mesyuarat dasar oleh bank pusat pada jam 8 malam ini. Kadar faedah di UK dijangkakan kekal berada di paras 0.75% seperti sebelumnya.

Sementara itu, matawang USD yang menjadi tumpuan awal pagi ini telah mengalami kejatuhan drastik setelah keputusan mesyuarat FOMC adalah seperti yang telah diramalkan oleh pasaran.

Federal Reserve telah mengekalkan kadar faedah di paras 2.50% dengan kenyataan yang mengejutkan pasaran apabila mengabaikan rancangan untuk menaikkan kadar faedah yang akan datang, memberi isyarat kepada pelabur berkenaan prospek penurunan kadar faedah pada tahun ini.

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD tidak menunjukkan pergerakan harga yang agak ekstrem berikutan kedua-duanya berada dalam kelompok matawang yang berisiko.

Harga pada GBP/USD semalam telah membuat penurunan sehingga melepasi ketiga-tiga paras support pada indicator Moshed Magic Line mencatatkan paras terendah dagangan harian sekitar 1.31460.

Namun, kejatuhan nilai matawang USD semalam kembali melonjakkan harga ke paras zon SBR (support become resistance) sekitar 1.32400 sebelum harga turun semula lebih rendah.

Dagangan hari ini melihatkan harga kembali bergerak perlahan di atas paras Magic Pivot 1.3204 sementara menunggu keputusan penetapan kadar faedah di UK pada malam ini.

Jika harga terus membuat penurunan ke paras lebih rendah, jangkaan penurunan harga akan menuju ke zon tumpuan sekitar 1.31200 berhampiran juga paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line hari ini sebelum harga cuba untuk turun lebih rendah lagi.

Namun, jika harga membuat kenaikan hari ini melepasi zon SBR yang diuji semalam, harga boleh mencapai kenaikan ke paras resistance 1.33300 yang juga merupakan paras ketinggian yang diuji harga sebelum ini pada chart GBP/USD.

Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dagangan.

Paras support: 1.3135, 1.3077, 1.3008.

Paras resistance: 1.3261, 1.3330, 1.3387.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat