Sterling Pound Terajui Pasaran Mata Wang Dalam Pembukaan Bulan Oktober!

181

Mata wang sterling mengukuh pada hari Isnin selepas Britain membatalkan rancangan untuk mengurangkan kadar cukai pendapatan tertinggi, manakala yen melemah melepasi 145 setiap dolar, berhampiran paras di mana pihak berkuasa Jepun campur tangan pada bulan lepas.

Mata wang pound mencecah $1.128 selepas laporan media mengenai pusingan-u dalam pengurangan kadar cukai. Paras tersebut merupakan paras tertinggi sejak 22 September, sehari sebelum tindakan menteri kewangan Britain Kwasi Kwarteng yang mendorong kejatuhan pasarang dimana pelan untuk mengurangkan cukai dan peraturan, yang dibiayai oleh pinjaman besar kerajaan.

Mata wang pound pada masa ini didagangkan kukh 0.89% kepada paras dagangan 1.1259. Indeks US dolar yang mengukur mata wang US dolar berbanding enam mata wang utama didagangkan susut 0.14% kepada paras dagangan 111.933.

Menurut Jane Foley, penganalisis FX di Rabobank, sterling menunjukkan prestasi yang lebih baik selepas keputusan U-turn tersebut, namun terdapat berbagai persoalan mengenai cara perlaksanaan.

Euro jatuh 0.2% kepada $0.97785, tidak disokong oleh data aktiviti pembuatan yang dilaporkan menurun pada bulan lepas.

Laporan lain, kumpulan pengeluar minyak OPEC+ sedang membincangkan potensi pemotongan keluaran lebih daripada 1 juta tong sehari turut menjejaskan mata wang, memandangkan keadaan tenaga Eropah yang tidak menentu.

Disisi yang berbeza, saham Dow Jones bergerak lebih tinggi pada Isnin apabila Wall Street cuba memulakan bulan baharu, dan suku tahun, dengan kukuh. Indeks saham Dow Jones melonjak 235 mata lebih tinggi, atau 0.8%. S&P 500 naik 0.5% selepas jatuh Jumaat ke paras terendah sejak November 2020. Nasdaq Composite tidak berubah.

Aktiviti ekonomi dalam sektor pembuatan berkembang pada bulan September, dengan ekonomi keseluruhan mencapai pertumbuhan bulan ke-28 berturut-turut.

PMI Pembuatan September mencatatkan 50.9 peratus, 1.9 mata peratusan lebih rendah daripada 52.8 peratus yang dicatatkan pada Ogos. Angka ini menunjukkan perkembangan dalam ekonomi keseluruhan untuk bulan ke-28 berturut-turut selepas penguncupan pada April dan Mei 2020.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat