Stok AS Pula Naik, Memang Jatuhlah Harga Minyak!

388

Komoditi hitam terus didagangkan susut pada hari Rabu selepas menyaksikan peningkatan dalam bekalan minyak mentah Amerika Syarikat.

Data yang diterbitkan Institut Petroleum Amerika (API) pada hari Selasa, inventori minyak mentah AS meningkat 1.14 juta tong pada minggu lalu, selain turut diperlihatkan dengan peningkatan ketara dalam stok minyak petrol dan penyulingan.

Seterusnya, tumpuan pasaran kini terarah kepada data mingguan rasmi dari Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA) pada malam ini.
Penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent jatuh 25 sen kepada $48.59 setong menjelang sesi Eropah, manakala WTI Amerika Syarikat pula merosot 20 sen pada $45.38 setong.

Namun begitu, penurunan harga minyak agak terbatas memandangkan sentimen pasaran turut dipengaruhi oleh berita positif mengenai vaksin Covid-19.

Britain telah mula menvaksinasi penduduknya pada hari Selasa selepas Agensi Pengawalseliaan Produk Perubatan dan Kesihatan (MHRA) meluluskan penggunaannya pada minggu lalu.

Sementara itu, Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (FDA) pula akan bersidang pada hari Khamis untuk membincangkan mengenai penggunaan vaksin. Sekiranya FDA memberikan kelulusan penggunaan kecemasan semasa mesyuaratnya, pengedaran baksin boleh dimulakan dalam masa 24 jam.

FDA juga telah mengeluarkan dokumen yang tidak menimbulkan sebarang isu mengenai keselamatan dan keberkesanan vaksin menjelang mesyuarat tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat