Strategi Makan Diri, Saham Grab Jatuh 40% Dan Rugi Sebanyak $1 Bilion

20,084

‘Haritu Lola Aspalela pun dah berhenti guna Grab atas sebab-sebab peribadi katanya.’

Syarikat pengangkutan dan penghantaran makanan nombor 1 di Asia Tenggara, Grab, menyaksikan sahamnya jatuh 37% dan mencatat kerugian suku tahunan $1.1 bilion akibat strateginya memakan diri.

Grab Holdings Ltd sebelum ini telah menyalurkan sejumlah wang sebagai insentif bagi menarik perhatian pemandu ekoran permintaan perkhidmatan pengangkutan semakin memulih daripada paras terendah sebelum era pandemik, selain turut menawarkan promosi agresif bagi menarik perhatian pelanggan yang kini mula menjamu selera diluar berbanding sebelumnya.

Namun, strategi tersebut dilihat memakan diri apabila hasil jualan bagi suku ke-4 yang berakhir 31 Disember mencatat penurunan sebanyak 44% pada 122 juta.

Secara pukal, bagi tempoh setahun syarikat yang baru-baru ini diawamkan tersebut telah mengalami kerugian sebanyak $3.56 bilion berbanding $2.75 bilion pada 2020.

Selain itu, sejak penggabungannya dengan firma cek kosong bernilai $40 bilion pada Disember lalu, saham Grab telah mengalami penurunan 3/4 daripada nilainya dengan catatan paras terendah pada $3.09 seterusnya menghapuskan lebih daripada $7 bilion nilai pasaran.

Walau bagaimanapun, insentif yang ditawarkan tetap berjaya meningkatkan jumlah dagangan kasar (GMV) sebanyak 26%.

Grab menjangkakan pertumbuhan GMV bagi suku ke-2 dan suku ke-4 2022 meningkat 30% ke 35% tahun ke tahun.

Ketua Pegawai Kewangan Grab, Peter Oey, dalam satu keterangan berkata mereka telah merancang dengan teratur mengenai modal syarikat dan mencari peluang pertumbuhan jangka panjang bagi permintaan, pengiklanan dan perkhidmatan kewangannya.

Tambahnya, syarikat meramalkan pulangan modal pada asas keuntungan lepas cukai diselaraskan dalam unit penghantaran makanannya menjelang separuh pertama tahun depan.

Dalam pada itu, hasil bagi unit mobiliti Grab yang mengumpul 86% keseluruhan jualan, turun 27% semasa suku dan hasil dari unit penghantaran makanan turun 98%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat