Struktur AAX Bakal Berubah!

498

AirAsia X Bhd (AAX) telah mendapat persetujuan daripada pemegang sahamnya untuk cadangan penstrukturan semula syarikat untuk dilaksanakan seperti dirancang pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) AAX semalam.

Dalam satu kenyataan semalam, AAX berkata, kelulusan itu menandakan kejayaan besar dalam proses penyusunan semula syarikat.

“Semua resolusi diluluskan dengan sekurang-kurangnya margin 99.8%. Kelulusan ini telah diperoleh serentak dengan rundingan akhir yang diadakan dengan pemiutang,” ujar kenyataan tersebut.

Syarikat dan penasihat penstrukturannya, Seabury Capital yang berpusat di New York telah melakukan perbincangan aktif, produktif dengan pemajak dan pemiutang lain selepas persetujuan yang diberikan oleh mahkamah bagi mengadakan mesyuarat.

Bernama melaporkan, penstrukturan semula itu dijadualkan dilaksanakan pada akhir bulan Julai atau Ogos.

Tambah kenyataan itu, AAX komited untuk memulakan semula operasi komersial secepat mungkin selepas menyelesaikan rancangan penstrukturan dan pembukaan pintu sempadan antarabangsa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat