Sudah Berminggu Pasaran Kripto Bearish, Ukraine Tetap Teruskan Dana Kripto

419

‘Mungkin ini boleh merangsang pasaran kripto untuk rancak semula?’

Umum mengetahui bahawa pasaran kripto kini sedang mengalami kejatuhan.

Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Bitcoin (BTC). Ia telah kehilangan lebih 20% nilainya pada bulan Mei.

Sungguhpun pasaran kripto sedang mengalami bearish, kerajaan Ukraine yang terpalit dengan perang sejak pertengahan Februari dilihat mahu meneruskan program derma kripto sebagai usaha mengumpul dana untuk negara itu.

Sebagai rekod, sejak awal peperangan lagi kerajaan Ukraine telah meminta derma tambahan dalam bentuk mata wang kripto menerusi inisiatif ‘Aid for Ukraine‘.

Dikatakan inisiatif tersebut telah berjaya mengumpul sebanyak $51.5 juta (RM226 juta) daripada sasaran $60 juta yang ditetapkan, setakat 19 Mei lalu.

Selain itu, dana Aid for Ukraine dikatakan telah digunakan untuk perbelanjaan peralatan ketenteraan Ukraine yang bernilai $45 juta sebelum pencerobohan berlaku.

Menurut Timbalan Menteri Tranformasi Digital Ukraine, Alex Bornyakov, kerajaan telah membiayai sebahagian usaha perangnya menggunakan mata wang kripto.

Juga setahun sebelum perang, Ukraine telah menyaksikan peningkatan sumbangan BTC kepada kumpulan sukarelawan Kiev yang sebahagiannya membekalkan peralatan pasukan kerajaan.

Berbalik kepada isu tumpuan, walaupun pasaran kripto merosot, Ukraine dilihat dalam usaha mengumpul tambahan $15 bilion dalam tempoh 3 bulan bagi menyokong pertumbuhan ekonominya.

Bersempena dengan itu, Naib Perdana Menteri Ukraine Mykhailo Fedorov dilihat akan cuba mengumpul pelaburan kripto pada Forum Ekonomi Dunia minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat