Sumatec Dinyahsenarai Dari Pasaran Utama Bursa Malaysia Pada Khamis

3,350

‘Ada satu lagi syarikat dengan status PN17 kan, takut yang tu pun nanti dinyahsenarai.’

Sumatec Resources Bhd yang mendapat status Practice Note 17 (PN17) bakal dinyahsenaraikan dari pasaran utama Bursa Malaysia pada 24 Mac (Khamis).

Menurut penfailan syarikat di Bursa, di bawah perenggan 16.11 (2)(d)(ii), Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama menyatakan bahawa pengendali pasaran saham hendak menyahsenarai penerbit tersenarai selepas proses pembubaran syarikat.

Pada penfailan bertarik 27 Disember 2021 lalu, Sumatec menyatakan bahawa syarikat tidak akan mencabar undang-undang atau prosiding yang difaikan oleh perintah pembubaran yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi.

Dalam laporan itu lagi, *pelikuidasi menyatakan bahawa Sumatec gagal mengaturkan kedudukan kewangan mengikut PN17, maka ia tidak mempunyai sebarang bantahan mengenai penyahsenaraian syarikat tersebut.

*Pegawai selia aset yang kumpulkan semua aset syarikat dan menyelesaikan tuntuan syarikat.

Sebagai imbasan, Sumatec telah mengesahkan pembubarannya pada Ogos 2018 selepas gagal membayar pemegang bon, Kerisma Bhd; Capone Bhd; and Prima Uno Bhd; sebanyak RM83.31 juta daripada 3 pinjaman bercagar yang diterima.

Status PN17 telah dikenakan selepas juruaudit mendapati laporan terudit syarikat tersebut bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 tidak menetapi sasaran.

Kemudian, saham operator minyak dan gas tersebut telah digantung sejak November 2019 selepas ia gagal menghantar laporan suku kepada Bursa.

Kaunter tersebut kali terakhir didagangkan pada 5 sen dengan nilai pasaran sebanyak RM21 juta.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat