Supermax Disiasat Lagi!

231

Tea‘ apa pulak kali ni Supermax?

Kerajaan United Kingdom (UK) telah melancarkan siasatan terhadap salah satu pembekal utama peralatan perlindungan diri di bawah Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS), Supermax atas dakwaan penggunaan buruh paksa.

Menurut pegawai di Jabatan Perniagaan, Tenaga dan Strategi Perindustrian UK (BEIS), siasatan terhadap Supermax dilakukan berkenaan kontrak bernilai £316 juta atau RM1.78 bilion untuk 88.5 juta sarung tangan getah semasa pandemik Covid-19.

Penyiasatan tersebut dilakukan sebulan selepas Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (AS) menahan import sarung tangan getah yang dihasilkan oleh Supermax atas dakwaan buruh paksa.

Memetik laporan dari Guardian, kerajaan UK telah memulakan penyiasatan sendirian mereka selepas Jeremy Purvis, seorang Demokrat Liberal, menuntut penelitian dari Supermax dan bertindak untuk memastikan produk yang dibuat menggunakan perhambaan moden tidak digunakan di Britain.

Dalam laporan tersebut turut menyatakan hasil penyiasatan yang dilakukan boleh membuatkan Supermax diharamkan terus membekal kepada NHS.

Setakat ini Supermax masih belum memberi respon terhadap isu ini.

Tengah hari tadi Supermax didagangkan RM1.71 dengan nilai pasaran RM4.65 bilion dan kaunter telah jatuh 68.42%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat