Supermax Tegas Nafi Guna Buruh Paksa

493

Syarikat pengeluar sarung tangan getah, Supermax Corp Bhd semalam menegaskan mereka mematuhi undang-undang buruh berkaitan layanan terhadap pekerja asing susulan laporan bahawa pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) sedang melakukan siasatan berhubung dakwaan buruh paksa terhadap firma berkenaan.

Sabtu lalu, The Edge Malaysia melaporkan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) menjalankan siasatan terhadap satu lagi syarikat pengeluar sarung tangan, Hartalega Holdings dan sebuah unit di Supermax.

Menurut Supermax dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, syarikat itu dan subsidiarinya komited memerangi buruh paksa dan mematuhi undang-undang buruh.

Tambah kenyataan itu, Supermax mengatakan telah mengikuti segala prosedur undang-undang mengenai pengambilan pekerja asing.

“Dasar dan prosedur sedia ada, yang berpandukan dasar tempatan dan antarabangsa, sering dikaji untuk mengetahui sekiranya ada jurang bagi tujuan penambahbaikan,” ujar kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Hartalega juga menegaskan telah mematuhi undang-undang dan peraturan buruh mengenai pengambilan pekerja asing dan usahanya untuk memerangi buruh paksa adalah berpandukan dasar tempatan serta antarabangsa.

Beberapa firma di negara ini sering kali didakwa menggunakan buruh paksa asing oleh pihak berkuasa AS.

Tahun lalu, CBP menyekat import daripada tiga firma negara ini ke AS iaitu Top Glove dan dua pengeluar minyak sawit.

Semalam, Reuters melaporkan syarikat pengeluar tayar AS, Goodyear Tire & Rubber Co berdepan tuduhan tidak membayar gaji, mengarahkan pekerja supaya bekerja melebihi masa dan ugutan terhadap pekerja asing di kilangnya di Malaysia.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat