Suruhanjaya Sekuriti AS Saman Syarikat Pinjaman Pengguna, Apa Kes Ni?

275

Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) pada hari Khamis telah mengumumkan bahawa mereka telah menjatuhkan hukuman denda kepada World Acceptance Corp, sebuah syarikat pinjaman pengguna sebanyak $ 21.7 juta kerana terlibat dengan jenayah rasuah di Mexico.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh SEC, anak syarikat Mexico itu didakwa telah membayar suapan lebih dari $ 4 juta kepada pegawai kerajaan dan kesatuan Mexico sebagai pertukaran untuk pinjaman perniagaan kepada kakitangan kerajaan.

Syarikat yang berpangkalan di South Carolina itu telah bersetuju untuk menjalani hukuman itu tanpa mengakui atau menafikan tuduhan tersebut bahkan sanggup mengadakan penstrukturan semula operasi dalamannya, serta membayar jumlah yang ditentukan iaitu $17.8 juta disgorgement, $2 juta faedah, dan denda $ 2 juta.

Lebih mengejutkan ialah kegiatan rasuah tersebut berjaya disembunyikan oleh World Acceptance Corp selama hampir setahun!

Selain itu, SEC mendedahkan bahawa anak syarikat Mexico itu akan memasukkan wang ke dalam akaun bank yang dikaitkan dengan pegawai atau mengedarkan wang tunai lalu perbelanjaan berkenaan dicatatkan sebagai perbelanjaan perniagaan yang sah.

Tambahan daripada itu, suruhanjaya tersebut turut melemparkan tuduhan bahawa pihak pengasaman dalaman syarikat itu tidak dapat mengesan aktiviti tersebut, manakala pihak pengurusan hanya memandang remeh mengenai isu pematuhan undang-undang.

Walau bagaimanapun, seorang peguam bela syarikat itu tidak mahu mengeluarkan apa-apa maklum balas berkenaan isu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat