Susulan Krisis Melanda, Carta AUD/USD Beri ‘Signal’ Awal Untuk Perubahan Trend

154

Dolar Australia cuba mengambil kesempatan untuk meningkat semula dikala kesempitan yang melanda ke atas mata wang US dolar.

Selain reaksi terhadap data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang dinilai suram, US dolar juga terkesan hebat oleh krisis keruntuhan bank-bank gergasi di AS ketika ini.

Situasi mula berubah apabila Federal Reserve (Fed) dilihat kembali sukar untuk mengetatkan dasar monetari dan kadar faedah dijangka tidak akan dinaikkan kepada 50 mata asas seperti jangkaan sebelum ini.

Pasaran akan memerhatikan pula terbitan data inflasi AS pada sesi New York malam nanti untuk menilai hala tuju Fed yang akan memberi impak besar terhadap US dolar.

Sementara untuk dolar Aussie pula, laporan data pekerjaan Australia pada Khamis akan diberikan tumpuan yang akan diteliti oleh bank pusat.

Carta harga pasangan mata wang AUD/USD pada dagangan awal minggu telah mula paparkan corak kenaikan semula setelah mendatar pada minggu lalu.

Setelah meniti di paras 0.65700 minggu lalu, harga telah kembali meningkat pada Isnin semalam sehingga ke paras 0.67000 untuk menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.

Namun harga kembali susut dari zon tersebut ketika dagangan bersambung pada sesi Asia pagi ini (Selasa).

Pergerakan harga yang masih berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD tersebut masih memberi isyarat untuk harga meneruskan corak kenaikan.

Namun rintangan pada zon SBR 0.67000 perlu dilepasi dahulu sebelum harga boleh melanjutkan pendakian lebih tinggi.

Beberapa paras tumpuan seperti 0.67700 dan 0.68300 akan turut diuji jika kenaikan diteruskan sebelum harga mencapai ketinggian sasaran pada 0.69000.

Sementara untuk jangkaan penurunan harga pula, harga yang bergerak lebih rendah di bawah paras MA50 dilihat akan menuju ke paras sokongan minggu lalu pada 0.65700.

Penurunan lebih rendah dari zon tersebut akan catatkan paras terendah terbaru 18 minggu, iaitu terendah sejak September 2022 yang lalu.

Lihat gambar carta pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat