Susulan Laporan Data Pekerjaan, USD/CAD Kembali Melonjak 100 Pips!

380

Dolar USD dan juga dolar Kanada menjadi matawang tumpuan pada Jumaat lalu ekoran laporan pekerjaan bagi Amerika Syarikat dan Kanada dikeluarkan bersama pada sesi pasaran New York.

Mengejutkan pasaran apabila laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat mencatatkan peningkatan ketara dengan pertambahan sebanyak 266,000 pekerjaan jauh lebih tinggi mengatasi jangkaan kenaikan pada 181,000 pekerjaan.

Walaupun purata pendapatan sedikit menurun, namun kadar pengangguran mencatatkan bacaan baik dengan penurunan kepada 3.5%, merupakan paras terendah hampir setengah abad.

Sementara itu, laporan data pekerjaan Kanada mencatatkan bacaan yang mengecewakan. Ekonomi kehilangan sekitar 71,200 pekerjaan pada November sementara kadar pengangguran pula melonjak dari 5.5% kepada 5.9%, paras tertinggi sejak September tahun lalu.

Susulan laporan yang berlawanan itu, dapat dilihat pergerakan signifikan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD dengan lonjakan hampir mencecah 100 pips pada sesi New York Jumaat lalu.

Sebelum itu, pada minggu yang sama juga, dolar Kanada telah mencatatkan pengukuhan susulan keputusan mesyuarat bank pusat Kanada dengan kenyataan bernada hawkish.

Pengukuhan Loonie telah menekan harga sehingga ke paras terendah mingguan pada sekitar 1.31600.

Namun harga kembali melonjak semula pada Jumaat dengan kenaikan harga kembali menguji zon SBR (support become resistance) hampir ke paras 1.32700.

Bersambung pada dagangan awal sesi Asia minggu ini, harga bergerak perlahan dan masih menguji zon SBR tersebut.

Jika harga terus menyambung kenaikan harga pada Jumaat lalu, kenaikan seterusnya akan menguji paras tumpuan pada 1.33000 sebelum menuju zon resistance pada sekitar 1.33200.

Sedikit lagi kenaikan lebih tinggi ke paras 1.33400 akan menguji zon resistance pada dagangan Oktober itu.

Namun jika harga kembali pantul membuat penurunan semula, paras 1.32400 dijangka akan dilepasi harga sebelum menuju paras tumpuan 1.32000 dan menguji garisan sokongan Moving Average 50 (MA50).

Penurunan lebih rendah akan kembali menguji zon support pada paras terendah minggu lalu yang dicecah pada 1.31600.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat