Susulan Tindak Balas AS, Bursa Malaysia Melonjak Tinggi!

851

FBM KLCI tutup dengan 16.89 mata atau 1.15% pada 1,490.14, manakala jumlah dagangan di seluruh Bursa Malaysia melonjak kepada 10 bilion sekuriti buat kali kedua kurang daripada sebulan. Berita tindak balas AS terhadap pengenalan undang-undang keselamatan baru China di Hong Kong telah mendorong kepada perubahan ini. Syarikat pengeluar sarung tangan getah memainkan peranan ke atas lonjakan KLCI.

10.31 bilion sekuriti bernilai RM6.73 bilion telah didagangkan. Ini membawa kepada 551 keuntungan dan 574 kemerosotan.

Jumlah dagangan yang melonjak kepada 10 bilion sekuriti menujukkan rekod kedua tertinggi selepas lonjakan tertinggi, 11.21 bilion sekuriti pada 18 Mei lalu. Rekod tersebut merupakan rekod tertinggi yang melepasi 10 bilion sekuriti untuk kali pertama pada hari itu.

Kaunter untung utama termasuklah pengeluar sarung tangan getah Top Glove Bhd dan Hartalega Holdings Bhd. Harga saham Top Glove ditutup dengan RM2.24 atau 16.84% pada RM15.54. Manakala K-One Technology Bhd merupakan yang paling aktif dengan harga saham ditutup dengan 12.5 sen atau 39.06% pada 44.5 sen.

Sektor sarung tangan getah secara tidak langsung memiliki pendapatan harga yang tinggi, menyumbang 9% daripada wajaran FBM KLCI dan meningkatkan prestasi indeks itu berikutan daripada permintaan kukuh terhadap peralatan perlindungan peribadi susulan pandemik Covid19.

Menerusi laporan AmInvestment, petunjuk pasaran itu dijangka akan mencecah paras 1,530 pada akhir tahun. Perubahan itu akan disokong oleh mudah tunai domestik yang kukuh daripada kedua-dua pelabur institusi dan runcit yang berjaya meneutralkan jualan berterusan oleh pelabur asing. Mudah tunai yang kukuh dipacu oleh sentimen risiko global seperti pakej ransangan fiskal dan monetari besar-besaran oleh bank pusat dan kerajaan di seluruh dunia.

Keseluruhannya, pasaran terutama bagi segmen komoditi, utiliti dan pembinaan menunjukkan petanda pemulihan selepas menguncup pada awal tahun ini disebabkan wabak coronavirus sehingga negara diisytiharkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perubahan ini membawa kepada jangkaan FBM KLCI akan melonjak semula dan mengakhiri tahun ini dengan prestasi yang lebih kukuh di kala dunia sedang bergolak dengan pelbagai isu. Dijangka pasaran global akan pulih pada suku kedua menjelang akhir tahun ini dengan pembukaan semula ekonomi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat