Susut Bawah $0.6700, AUD/USD Disasar Jatuh Lebih Rendah Minggu Ini?

140

Pengukuhan semula yang dipaparkan oleh US dolar pada penutup dagangan minggu lalu turut mendorong penurunan harga berlaku pada carta pasangan mata wang AUD/USD.

Perubahan kepada corak bearish harga mula dinilai setelah harga mula membuat penurunan di bawah paras 0.67000 hingga mencecah paras 0.66300 pada Jumaat lalu.

Penganalisis walau bagaimanapun masih menjangkakan US dolar masih mengalami tekanan dalam pasaran berikutan krisis perbankan yang semakin melarat dan terkini ke Jerman.

Deutsche Bank dilaporkan berdepan masalah setelah lonjakan pada kos insurans CDS ke paras tertinggi 4 tahun.

Meneliti carta AUD/USD, harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam masih memberi petunjuk penurunan harga bakal diteruskan lagi pada minggu ini.

Sekiranya US dolar masih mengukuh di awal minggu, harga boleh ditekan lebih rendah menuju ke zon support pada 0.65700-0.65400.

Zon tersebut dilihat berjaya menyokong harga daripada jatuh lebih rendah untuk dagangan Mac ini.

Susut lebih rendah melepasi zon itu akan mencadangkan sasaran terbaru harga yang lebih rendah pada 0.64000.

Sebaliknya jika harga mula membuat kenaikan semula pada minggu ini, halangan MA50 dan paras 0.67000 yang ditembusi akan menjadi isyarat awal untuk perubahan trend bullish semula.

Kenaikan yang diteruskan akan menuju ketinggian dicapai minggu lalu untuk diuji sebelum catatkan paras ketinggian terbaru pula.

Sasaran seterusnya adalah pada zon 0.68200 jika corak kenaikan berjaya diteruskan harga.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat