Susut Semula, GBP/USD Gagal Teruskan Kenaikan Di Penghujung Minggu

269

Sementara menantikan laporan pertumbuhan ekonomi UK serta data-data ekonomi yang bakal diterbitkan bersama pada sesi Eropah sebentar lagi, mata wang Pound kembali bergerak lemah pada dagangan Khamis semalam.

Ini adalah berikutan tekanan semula oleh pengukuhan US dolar dalam pasaran selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan kekal di paras tertinggi 40 tahun.

Justeru, pelabur menyaksikan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD kembali membuat penurunan semalam, menyangkal jangkaan untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Sebelum ini, pelabur menilai isyarat untuk perubahan trend bullish selepas harga melonjak dari zon support 1.31000 dan melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Namun dagangan semalam melihatkan harga gagal untuk tembusi zon rintangan 1.32000 dan penurunan harga pada sesi New York telah kembali semula ke zon support 1.31000.

Juga bergerak semula di bawah paras halangan MA50 memberi petunjuk untuk harga menyambung semula pergerakan pada trend bearish seperti minggu sebelum ini.

Penurunan harga di bawah paras 1.31000 dilihat akan menuju ke paras tumpuan sekitar 1.3000 pula bagi mencatatkan paras terendah terbaru 16 bulan.

Sebaliknya jika harga kembali membuat kenaikan, rintangan buat harga masih dilihat pada zon 1.32000 sebelum kenaikan lebih tinggi memberi isyarat lebih jelas untuk perubahan trend bullish.

Kenaikan harga selanjutnya bakal kembali menyentuh semula paras 1.33000 untuk harga menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.

Pelabur akan lebih berwaspada pada dagangan minggu hadapan menjelang mesyuarat bank pusat England dan juga FOMC yang akan mempengaruhi pergerakan US dolar dan Pound.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat