Syarikat di UK Menyorok Dana, Enggan Melabur

40

Undian Brexit Jun lalu mengundang pelbagai pendapat tentang situasi ekonomi selepas UK meninggalkan Kesatuan Eropah (EU). Pemerhati atau penganalisis memberikan pandangan yang positif dan negatif termasuklah pembuat polisi di Bank of England (BoE) Ian McCafferty yang berpendapat UK akan mengalami ‘ekonomi semakin perlahan sedikit demi sedikit’.

Penganalisis menjangkakan penduduk UK akan berhadapan dengan peningkatan inflasi yang pantas, pengimport pula akan terbeban dengan kos yang tinggi dan sektor korporat pula dijangka akan mengurangkan pelaburan berikutan kerajaan memulakan proses formal mengeluarkan UK dari Kesatuan Eropah (EU).

Bank of England juga telah mengatakan pada Rabu bahawa sebahagian besar syarikat-syarikat di UK enggan menggunakan dana syarikat untuk pelaburan berikutan semakin ragu kepada ekonomi UK.

Data minggu lalu menyokong kenyataan ini dengan tekanan inflasi menyebabkan jumlah pekerjaan berkurangan kali pertama sejak setahun yang lalu.

Sebelum ini terdapat juga data yang menunjukkan pelaburan swasta yang semakin merosot di UK. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana jangkaan sektor korporat kepada ekonomi yang semakin perlahan. Sektor korporat dilihat ingin mengurangkan risiko dalam pelaburan baru mereka.

Ekonomi secara keseluruhan hanya akan berkembang jika terdapat peningkatan dalam perbelanjaan domestik, pelaburan swasta dan perbelanjaan kerajaan.

Dengan keluarnya UK dari Kesatuan akan megurangkan jumlah perdagangan dalam pasaran tunggal ini, walaupun sebelum ini terdapat ura-ura pembayaran untuk terus mengakses pasaran Kesatuan Eropah. Tetapi perkara ini masih belum pasti dengan bantahan dari kalangan ahli Kesatuan.

Secara keseluruhan, ekonomi UK dilihat masih suram beberapa tahun akan datang dengan ketidaktentuan Brexit yang mungkin memakan masa sehingga tiga tahun. Tiga tahun menunggu untuk keluar dari Kesatuan adalah jangka masa yang terlalu lama dan akan menambah ketidaktentuan dalam ekonomi UK.

Walaupun begitu, pihak kerajaan UK boleh menggunakan masa yang panjang ini untuk membuat persiapan rapi sebelum UK secara rasmi keluar dari Kesatuan Eropah agar mereka dapat menangani risiko kepada ekonomi dan terus berkembang secara positif.

Jumlah dagangan forex semakin merosot!

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat