Syarikat Kereta Elektrik Syed Mokhtar Bakal Muncul Di Nasdaq

650

Lotus Cars, di mana Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mempunyai kepentingan besar dalam syarikatnya dilaporkan sedang merancang untuk menyenaraikan unit kenderaan elektrik (EV) mewahnya di Amerika Syarikat.

Hartawan itu memiliki 49% kepentingan dalam syarikat pembuat kereta tersebut menerusi Etika Automotive Sdn Bhd yang turut mempunyai pegangan dalam Lotus Technology sebanyak 30%.

Sementara 51% kepentingan lagi dimiliki oleh Zhejiang Geely Holding Group yang berpangkalan di China.

Difahamkan, langkah itu akan berjalan melalui penggabungan dengan L Catterton Asia Acquisition Corp (LCAA) dalam perjanjian yang bernilai $5.4 bilion.

Semua pemegang ekuiti sedia ada, termasuk Zhejiang Geely Holding Group, Etika dan NIO Capital dijangka mengekalkan kepentingan mereka, di mana secara kolektifnya mempunyai pegangan 89.7% dalam syarikat gabungan itu.

Kepimpinan semasa juga akan kekal dan saham syarikat akan disenaraikan di Nasdaq di bawah simbol “LOT”.

Deutsche Bank dan Credit Suisse adalah antara penasihat dalam perjanjian gabungan tersebut.

Dalam pada itu, Lotus Cars merancang untuk menggunakan hasil daripada gabungan tersebut untuk inovasi produk dan mengembangkan rangkaian pengedaran globalnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat