“Bagus bagus, banyak pihak sekarang sudah mula berminat dan menerima Ripple.”
Diumumkan oleh syarikat induk kewangan Jepun SBI Group, cabang perkhidmatan kiriman wang antarabangsanya dipanggil SBI Remit telah bertindak memeterai perjanjian bersama Ripple (XRP) dan SBI Ripple Asia.
Kerjasama tersebut adalah bertujuan untuk menawarkan perkhidmatan kiriman wang ke akaun bank di beberapa negara Asia Tenggara melalui XRP.
Namun perlu diketahui bahawa SBI Remit pernah menggunakan perkhidmatan pembayaran XRP untuk kiriman wang antarabangsa sejak tahun 2017.
Bukan itu sahaja, SBI Remit yang turut memperkenalkan penyelesaian menggunakan aset digital pada tahun 2021 telah menyediakan perkhidmatan pengiriman wang menggunakan XRP kepada wallet mata wang kripto di Filipina.
Jadi di sini dapat dilihat perkhidmatan teknologi pembayaran tersebut bakal diperluaskan ke akaun bank di Filipina, Vietnam dan Indonesia dan melalui program itu, SBI Remit akan mengaplikasikan XRP sebagai mata wang bridge untuk membolehkan kiriman wang yang cepat serta kos efektif.
SBI Remit yang menjangkakan penerimaan pembaharuan itu akan dipercepatkan susulan jumlah kiriman wang ke akaun bank di negara-negara berikut adalah sangat tinggi telah dedahkan bahawa mereka bekerjasama dengan syarikat penyelesaian pembayaran rentas sempadan Tranglo.
Walaupun tidak menyebut tarikh tepat bilakah perkhidmatan tersebut bakal tersedia, SBI Remit memaklumkan bahawa ia akan dilancarkan dalam bulan ini.
Susulan perkhidmatan XRP terus diterima pakai di Jepun, bank Jepun Yamaguchi, Momiji dan Kitakyushu pada 17 April 2023 didapati mula menyokong perkhidmatan kiriman wang berasaskan RippleNet yang dipanggil MoneyTap P2P.