Syarikat Kripto Dilanda Masalah Sebab Bank Di UK!

486

“Agaknya sampai bila bank UK nak berperangai sebegini?”

Kebanyakan syarikat mata wang kripto di United Kingdom (UK) kini mengalami kesukaran untuk mendapatkan perkhidmatan perbankan susulan tindakan bank-bank yang mula mengehadkan interaksi dengan sektor kripto susulan krisis perbankan yang sedang melanda.

Difahamkan bahawa beberapa bank utama UK yang melaksanakan sekatan dan larangan telah menjadi sebab syarikat kripto bimbang bank lain dan Penyedia Perkhidmatan Pembayaran (PSP) mungkin akan membuat langkah sedemikian tidak lama lagi.

Menurut Lisa Cameron, ahli Parlimen dan pengerusi kumpulan Crypto and Digital Assets berkata bahawa syarikat kripto tidak dapat membuka akaun bank dengan Santander serta NatWest Group, di mana ia adalah isu dibangkitkan beliau baru-baru ini.

Tambahnya lagi, ramai individu turut mengadu di platform media sosial Twitter bahawa bank UK telah melarang pemindahan ke syarikat exchanger kripto.

Pada masa ini, dua bank yang disebut Cameron itu didapati enggan menawarkan kemudahan perbankan kepada perniagaan yang membeli atau menjual kripto.

Diperjelaskan lebih terperinci, NatWest pada Mac mengehadkan pembayaran ke exchanger kripto pada $1,232 sehari dan $6,161 dalam tempoh 30 hari bagi melindungi para pengguna daripada sebarang jenayah aset digital.

Sementara bank Sepanyol Santander yang mempunyai cawangan di UK telah mengehadkan urus niaga untuk pertukaran kripto pada 1,000 pound British bagi setiap transaksi pada tahun lepas.

Manakala bank Starling pula menyatakan ia tidak lagi menyokong pembelian dan penjualan kripto melalui kad debit atau pemindahan bank.

Secara umumnya, bank-bank UK sudah menarik diri daripada kripto sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ulas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NatWest Alison Rae sambil menambah bank telah sekat pelanggan runcit daripada memindahkan kripto susulan pasaran yang volatile.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat