Syarikat Kripto Jepun Coincheck Bakal Tersenarai Di Nasdaq

240

‘Ikuzo! Coincheck bakal buat kemunculan di Nasdaq.’

Coincheck Inc, platfrom pertukaran kripto Jepun, bakal diawamkan di pasaran Amerika Syarikat selepas ia bergabung dengan firma cek kosong, Thunder Bridge Capital Partners IV Inc dalam perjanjian bernilai $1.24 bilion.

Menurut sumber, perjanjian tersebut akan membawa hasil sebanyak $237 juta kepada gabungan syarikat itu melalui wang tunai yang dipegang dalam amanah syarikat pemerolehan tujuan khas (SPAC), andai tiada penebusan.

Coincheck yang berpusat di Tokyo, Jepun telah mengendalikan pasaran bagi pembelian dan penjualan mata wang kripto dan platfrom pertukaran aset lain seperti non-fungible tokens (NFT).

Kenyataan syarikat memaklumkan bahawa Coincheck memiliki sebanyak 1.5 juta pengguna setakat ini.

Sebagai rekod, Coincheck pernah terpalit dengan isu rompakan mata wang digital sebanyak $530 juta pada 2018, seterusnya mendorong pengawasan kawal selia yang lebih ketat dan diseru membuat penambahbaikan pada infrastruktur pengurusan risiko pertukaran kripto.

Setahun kemudian ia telah perolehi kira-kira $34 juta dari pembroker dalam talian (online) Monex Group Inc Jepun, yang digunakan untuk melancar tawaran awam permulaan (IPO).

Ekoran daripada itu, Monex akan peroleh status pro-forma sebanyak 82% daripada pengabungan syarikat itu, tidak termasuk waran dan pendapatan.

Selain itu, menurut perjanjian yang dipersetujui, kesemua pelabur Coincheck sedia ada layak menerima sehingga 50 juta saham bersandarkan prestasi harga saham masa hadapan.

Penggabungan tersebut akan menyaksikan nama syarikat diubah kepada Coincheck Group NV dan bakal disenaraikan di Nasdaq menjelang pertengahan tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat