Syarikat Minyak Ke-3 Terbesar Dunia Mahu Sertai Perlombongan Kripto!

777

Firma minyak gergasi dunia, Saudi Aramco dilaporkan akan menceburi sektor kripto dalam aspek perlombongan.

Menurut pelombong Bitcoin (BTC) Brazil, Ray Nasser, firma minyak dari Timur Tengah itu menunjukkan minat terhadap perlombongan Bitcoin dan buat masa sekarang mereka masih dalam perundingan.

Hanya dengan menggunakan lebihan gas yang terhasil daripada pengeluaran minyak, firma tersebut mampu melombong kripto dengan membakarnya.

Jelas Nasser, “Gas yang terhasil, tidak digunakan sudah cukup untuk menjana tenaga separuh daripada rangkaian Bitcoin pada hari ini. Hanya dari syarikat ini sahaja.”

Bagaimanapun, Aramco masih belum tampil membuat sebarang komen.

Aramco, syarikat minyak ketiga terbesar dunia sudah pun memanfaatkan blockchain bagi meningkatkan lagi mutu operasi syarikat, keselamatan, dan mengurangkan kos.

Sebelum ini, pihak mereka membuat pelaburan terhadap dua platform blockchain: Data Gumbo dan VAKT untuk menyingkirkan proses konvesional.

Selain Aramco, syarikat minyak ke-10 terbesar dunia, Gazprom dari Rusia turut menunjukkan minat terhadap perlombongan kripto. Pada Disember 2020, syarikat tersebut telah berjaya menjalankan ujikaji terhadap penghasilan kuasa perlombongan kripto melalui pembakaran gas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat