Syarikat Minyak Rusia Mahu Melombong Kripto Di Pelantar Minyak?

947

Kerajaan Moscow dikhabarkan sedang berbincang mengenai inisiatif perlombongan matawang kripto melalui kewujudan pelantar minyak yang sedia ada. Idea ini bermula daripada syarikat pengeluar minyak di Rusia.

Mereka mendapati penggunaan gas petroleum yang berkaitan (associated petroleum gas, APG) dapat menjana elektrik untuk penghasilan matawang kripto.

Cara ini bukan sahaja dikategorikan sebagai serampang dua mata, tetapi juga mendorong peningkatan minat pelabur asing, terutama daripada China selepas kerajaan negara itu mengharamkan aktiviti berkaitan matawang kripto.

Hasil perbincangan antara Kementerian Perdagangan dan Industri  bersama Kementerian Perkembangan Digital dan Bank Pusat Rusia (CBR) berkenaan idea ini bergantung kepada keputusan pihak berkuasa kewangan sama ada untuk meluluskan atau sebaliknya.

Buat masa sekarang, satu-satunya akta yang mengawal sektor kripto di negara itu ialah On Digital Financial Assets. Akta tersebut berkuat-kuasa pada awal tahun ini.

Walaupun begitu, pihak kerajaan berpendapat perlu ada perundangan tambahan yang memfokuskan kepada kitaran matawang kripto dan operasi berkaitannya di Rusia.

Seperti yang dijelaskan oleh pengerusi jawatankuasa pasaran kewangan parlimen, Anatoly Aksakov pada September, sektor ini wajar didaftar dan dikenakan cukai.

Setakat ini, salah satu syarikat minyak terbesar Rusia yang telah menjalankan perlombongan kripto ialah pengeluar minyak ketiga terbesar Rusia, Gazprom Neft, subsidiari Gazprom.

Syarikat tersebut telah lancarkan aktiviti perlombongan kripto di pelantar minyak Khanty-Mansi Autonomous Okrug, terletak dalam daerah Tyumen Oblast.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat