Ekonomi global yang mencabar dan peningkatan kos operasi dalam pasaran tradisional mendorong banyak syarikat multinasional (MNC) untuk meneroka Asia Tenggara khususnya Malaysia sebagai alternatif strategik.
Menurut Tan Ka Leong, Pengarah Urusan Kumpulan CBRE | WTW berkata Malaysia menawarkan keseimbangan yang menarik dari segi keberkesanan kos dan infrastruktur berkualiti yang menarik kepada syarikat yang bertujuan untuk mengurus risiko serta meningkatkan kecekapan.
Tan menyatakan peningkatan ketara dalam pertanyaan daripada MNC terutamanya bagi perkhidmatan perkongsian dan operasi penyumberan luar proses perniagaan (BPO) di Malaysia.
Berbanding dengan negara Asia Tenggara yang lain, Malaysia menonjol dengan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan mahir dalam bahasa Inggeris yang penting bagi MNC yang menyasarkan operasi berkesan.
Selain itu, kadar sewa untuk ruang pejabat di Kuala Lumpur mempunyai kadar yang berbeza mengikut lokasi.
Di kawasan pinggir KL, terdapat sedikit peningkatan dalam kadar sewa dan kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk dijangka mengalami kenaikan sewa ketara berikutan permintaan kukuh dalam pasaran.
Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari berkata Kuala Lumpur telah menyaksikan kemasukan MNC yang ketara tahun ini.
Beliau berkata syarikat dari seluruh dunia sedang membuka operasi di Malaysia untuk memanfaatkan lokasi strategik negara dan persekitaran perniagaan yang menggalakkan.
Walau bagaimanapun, persaingan boleh meningkat untuk ruang pejabat berkualiti tinggi dan tanah yang sesuai untuk pembuatan terutamanya dalam sektor seperti semikonduktor. – Business Times