Syarikat Permainan Video Terkemuka Ubisoft Sertai Tezos, XTZ Melonjak Lebih 78%

320

Tezos (XTZ) mencatatkan peningkatan harga, menyentuh paras tertinggi harian $5.7 semalam selepas susut kepada harga $3.25 pada 4 Disember 2021.

Pemerhatian ini mendapati XTZ melonjak lebih 78% untuk tempoh empat hari sahaja.

Apa yang mendorong lonjakan harga XTZ?

Pelabur mungkin berminat untuk tahu apa yang mengundang pergerakan positif XTZ. Berikut adalah rinciannya:

  1. Kerjasama dari Ubisoft
    • Syarikat permainan video, Ubisoft telah lancarkan platform non-fungible token (NFT) unik – Ubisoft Quartz.
    • Platform tersebut dibangunkan di atas blockchain
    • NFT yang dilancarkan – Digits, boleh digunakan di dalam permainan video keluaran Ubisoft.
    • Ubisoft Quartz versi beta dilancarkan pada 9 Disember, terbuka untuk pemain Tom Clancy’s Ghost Recon: Breakpoint.
  2. Kelestarian alam sekitar
    • Protokol ini mahu mewujudkan rangkaian blockchain yang mesra alam dan lebih mampan.
    • Memilih untuk menerapkan mekanisme konsensus Proof-of-Stake (PoS).
  3. Peningkatan jumlah transaksi dan pendapatan
    • Rangkaian ini menyaksikan lonjakan jumlah transaksi dan keuntungan protokol sepanjang 2021.
    • 3 Disember – jumlah transaksi di Tezos meningkat ke paras tertinggi, $369 juta.
    • Faktor lonjakan ini dipercayai berpunca daripada penyelesaian kemaskini Hangzhou.
      • Merupakan kemaskini yang ke-8 untuk rangkaian Rezos
      • Menfokuskan kepada kebolehan rangkaian untuk dipinda dan menaik taraf secara automatik tanpa keperluan hard fork.

Ketika penulisan, XTZ didagangkan pada $5.6, susut hampir 1% dalam 24 jam. Sejak mencatatkan paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $9.18 pada 4 Oktober, XTZ perlukan lonjakan lebih 39% untuk menebus downtrend sejak dua bulan yang lalu.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat