Syarikat-Syarikat Dunia Perli Elon Musk Dan Ambil Bekas Pekerja Twitter

246

‘Kalau korang nak bos selain Musk, Intraday.my adalah tempatnya.’

Bekas-bekas pekerja Twitter Inc yang dipecat Elon Musk ‘laku bagai pisang goreng panas’ apabila syarikat teknologi lain dilihat menagih kepakaran yang mereka miliki.

Difahamkan hampir 3,700 pekerja yang dibuang Musk sebaik menduduki pejabat Twitter pada awal bulan ini dijangka tidak berdepan masalah untuk mencari pekerjaan baru.

Malah para pekerja Twitter yang bertindak berhenti kerja juga dijangka bakal menemui syarikat baru yang lebih menghargai bakat, kepakaran dan pengalaman mereka dalam bidang pembangunan teknologi.

Namun, perkara yang mencuri tumpuan adalah cara syarikat-syarikat teknologi lain merekrut bekas pekerja Twitter iaitu dengan idea ‘Don’t like Musk? Work for Us!’.

Ia dipercayai adalah sindiran atau perlian para pengrekrut dengan menyentuh ethos pekerja yang rata-rata tidak berpuas hati dengan tindakan Musk di Twitter.

Mencerap post Ketua Pegawai Pekerja Katie Burke dari Hubspot pada LinkedIn, beliau mengatakan seorang ketua perlu terbuka untuk perdebatan serta perselisihan dan jika anda mahu pemimpin seperti itu syarikat terbuka untuk ambil pekerja.

Paparan tersebut dilihat mendapat hampir 35,000 reaksi positif oleh pengguna-pengguna LinkedIn lain.

Seorang lagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) firma pemula perisian CoderPad, Amanda Richardson dalam surat terbukanya kepada bekas pekerja Twitter tanpa berselindung mengutuk Musk dalam usaha merekrut pekerja.

Katanya bahawa CoderPad adalah tempat di mana anda tidak perlu bekerja dan tidur atau bekerja 18 jam sehari selama seminggu  yang mana dipercayai merujuk kepada dasar ‘kerja keras’ yang diperkenalkan Musk kepada Twitter.

Setakat ini pihak Musk mahupun Twitter tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan perkara tersebut.

Dalam pada itu, orang awam dilihat lantang mengkritik tindakan Musk namun situasi keseluruhan pasaran teknologi kini memperlihatkan rata-rata pekerja dibuang.

Antaranya Meta Platform dan Amazon yang membuang ribuan pekerja bagi mengimbangi kos perbelanjaan syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat