Syarikat-Syarikat Ini Dah Jumpa Vaksin Coronavirus?

852

Lima syarikat yang terlibat dalam usaha untuk mengembangkan vaksin coronavirus akan tampil di hadapan jawatankuasa kecil Dewan Perwakilan AS untuk memberi keterangan mengenai vaksin yang diusahakan.

Pegawai dari syarikat-syarikat farmaseutikal, termasuk Merck & Co Inc, Moderna Inc, Pfizer Inc, AstraZeneca PLC dan Johnson & Johnson dijadualkan akan memberi keterangan pada 21 Julai.

Perbicaraan ini akan memberi peluang kepada Kongres dan rakyat AS untuk mendengar secara langsung mengenai perkembangan terbaru pembangunan vaksin Covid-19 yang berpotensi.

Keterangan yang positif oleh syarikat-syarikat ini dijangka akan mengangkat sentimen dalam pasaran sepertimana yang pernah disaksikan sebelum ini.

Moderna Inc antara salah satu syarikat yang berpotensi untuk menghasilkan vaksin Covid-19 setakat ini, telah melaporkan hasil yang memberangsangkan dalam ujian peringkat awal pada minggu lalu.

Hal ini telah meningkatkan keyakinan dalam pasaran ekuiti dan matawang yang memperlihatkan peningkatan pada minggu lepas, sebelum diragut kembali oleh kebimbangan terhadap lonjakan kes Covid-19 yang tinggi di beberapa negara.

Pada pertengahan bulan Julai, terdapat lebih daripada 135 vaksin telah menjalani ujian praklinikal, dan sekitar 30 vaksin diuji secara klinikal di seluruh dunia.

Amerika Syarikat berhasrat untuk menghasilkan vaksin sebelum akhir tahun ini dan sebanyak $2 bilion telah dilaburkan ke atas beberapa syarikat sebagai sebahagian daripada Operation Warp Speed untuk mencapai sasaran ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat