Sabah dan Selangor baru-baru ini mengumumkan satu kejutan gembira yang pasti menceriakan hari penjawat awam mereka!
Di Sabah, lebih 18,000 penjawat awam akan menerima bonus sebulan gaji atau minimum RM3,000 pada Januari 2025, dengan peruntukan sebanyak RM68.48 juta.
Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, juga mengumumkan pelarasan gaji untuk merapatkan jurang pendapatan, yang bakal dilaksanakan dalam dua fasa iaitu Disember 2024 dan 2026.
Sementara itu, di Selangor, penjawat awam bakal menikmati bonus dua bulan gaji!
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bayaran akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada 31 Disember 2024 dan satu lagi pada 25 Mac 2025 sempena Aidilfitri.
Ini adalah tambahan kepada satu setengah bulan gaji yang sudah diterima sebelum ini.
Bonus dan pelarasan gaji ini bukan sahaja memberi semangat baru kepada penjawat awam, malah memberi kesan positif kepada ekonomi negeri dengan peningkatan daya beli.
Kerajaan Sabah dan Selangor jelas komited dalam menjaga kebajikan penjawat awam, dan langkah ini pastinya memberikan motivasi tambahan untuk bekerja lebih keras!
Negeri lain bila lagi?