Tabung Haji Catat Untung Bersih RM1.25 Bilion Bagi Separuh Tahun 2020

314

Lembaga Tabung Haji (TH) mencatatkan keuntungan bersih meningkat 82.4% kepada RM1.25 bilion bagi separuh tahun pertama yang berakhir pada 30 Jun.

Berbeza pada tempoh enam bulan yang sama pada 2019, keuntungan bersih yang dicatatkan cuma RM849.66 juta.

Manakala, jumlah aset TH dilaporkan melebihi liabiliti pada nilai RM1.86 bilion pada 30 Jun 2020.

TH juga mendedahkan bahawa pendapatan pelaburan pada setengah tahun pertama 2020 berjaya meraih RM1.55 bilion, didorong oleh pelaburan di pasaran saham dan bon.

Pihak mereka menjana pendapatan RM204.57 juta hasil dari pelaburan hartanah. Manakala pelaburan terhadap pasaran wang Islam berjaya mengaut RM187.13 juta dan pelaburan ekuiti sebanyak RM150.27 juta.

Walaupun indeks FBM KLCI terkesan dengan pandemik COVID-19, susut lebih dari 23%, keadaan tersebut tidak memberi tekanan terhadap aset TH.

Buat masa sekarang, TH melaporkan lebih 123,000 akaun simpanan baharu telah dibuka bagi separuh pertama 2020, menjadikan jumlah deposit meningkat kepada RM73.86 bilion setakat 30 Jun 2020 berbanding RM69.42 bilion pada 31 Disember 2019 .

Ketua pegawai eksekutif, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff berkata pihak TH akan bertungkus-lumus mempersiapkan pengurusan ibadah haji yang lebih mencabar pada tahun hadapan susulan daripada penangguhan musim haji 1441H/2020M.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat