Tahniah Dr. Noor Hisham Atas Penganugerahan Gelaran ‘Tan Sri’!

184

Sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham telah dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’.

Anugerah tersebut dikurniakan pada hari pertama Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya.

Siapa yang tidak mengenali figura ini? Satu sosok yang bertungkus-lumus menjadi tunjang belakang Malaysia dalam menangani wabak pandemik COVID-19 sejak awal 2020 sehingga kini.

Jelas Dr Noor Hisham dalam ciapan akaun Twitter, penghargaan tersebut bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga didedikasikan khas buat semua petugas barisan hadapan terutama dari Kementrian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menyelusuri latar belakang individu yang dihormati ramai ini, beliau dilahirkan di Sepang, Selangor pada 21 April 1963.

Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Surgeri dan Ijazah Doktor Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pada Ogos 1988, beliau menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai perubatan .

Selain memiliki kepakaran dalam kanser endokrin payudara, beliau juga memberikan kepemimpinannya dalam pelbagai pembelajaran dan program jangkauan kesihatan yang inovatif untuk semua.

Pada April lalu menerusi China Global TV Network (CGTN), Dr Noor Hisham telah diumumkan sebagai antara tiga doktor terbaik dunia, sebaris pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield berdasarkan kewibawaan menangani COVID-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat