Tahniah! Ekonomi Malaysia No.1 Di Asia Tenggara

1,253

Malaysia sekali lagi membuktikan bahawa ia adalah negara yang terbaik di Asia Tenggara selepas mencatatkan pertumbuhan paling kukuh dalam lebih 20 tahun pada 2022.

Data yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Perangkaan menunjukkan bahawa keluaran dalam negara kasar (KDNK) berkembang sebanyak 8.7% pada tahun lepas, iaitu tertinggi sejak 2000.

Ia jauh lebih baik daripada ramalan awal untuk pertumbuhan sekitar 6.5% hingga 7.0%.

Ini menyusuli pengembangan sebanyak 7% yang direkodkan pada suku keempat (Oktober-Disember) berikutan sokongan kuat permintaan dalam negeri.

Pengukuhan ini sememangnya sudah dijangka, memandangkan Malaysia telah menunjukkan momentum pertumbuhan yang kuat sepanjang tahun lepas.

Bermula dengan pengembangan sebanyak 5.0% pada suku pertama 2022, ekonomi kemudiannya terus bertumbuh 8.9% pada suku kedua dan paling kuat pada suku ketiga sebanyak 14.2%.

Mengulas mengenai rekod membanggakan ini, Gabenor BNM Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunos berkata peningkatan berterusan dalam permintaan domestik, pemulihan kuat pasaran buruh serta pemulihan aktiviti pelancongan adalah pemacu kepada pertumbuhan tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat