Tahukah Anda Apa Itu Daylight Saving Time (DST)?

3,340

Jika anda adalah seorang pelabur atau pedagang, pasti anda perasan ada kalanya pasaran dibuka lebih awal, tapi ada masanya pasaran dibuka lebih lambat 1 jam.

Kenapa perubahan ini boleh berlaku?

Situasi ini adalah disebabkan faktor Daylight Saving Time (DST) yang dipengaruhi perubahan musim.

DST adalah amalan mempercepatkan waktu selama 1 jam ketika musim panas supaya waktu siang akan menjadi lebih lama dan akan dikembalikan semula menjelang musim luruh.

Di Malaysia tidak berlaku, tapi kebanyakan negara luar mengamalkan perubahan waktu ini.

Di Eropah, DST ini dipanggil European Summer Time. Waktu dipercepatkan pada bulan Mac dan akan dikembalikan semula kepada asal pada penghujung Oktober.

Idea DST ini pertama kali dicadangkan pada tahun 1784 oleh Benjamin Franklin supaya waktu malam menjadi lebih pendek dengan tujuan untuk menjimatkan lilin dan minyak lampu tanah.

DST telah dilaksanakan oleh seorang saintis New Zealand, George Hudson yang mengkaji tentang serangga.

Pada tahun 1895, Hudson memperkenalkan cadangan untuk perubahan waktu siang pada musim panas lebih panjang.

Dengan itu akan membolehkan beliau mencari dan mengumpul serangga selepas waktu bekerja.

Idea ini kurang disenangi ramai pihak sehinggalah perang dunia pertama ketika negara-negara Eropah ingin menjimatkan tenaga.

Jerman menjadi negara pertama yang menerapkan perubahan DST ini pada tahun 1916 sebelum diikuti oleh Amerika Syarikat 2 tahun kemudian.

Jadi sehingga ke hari ini, DST masih diguna pakai di seluruh dunia apabila perubahan musim berlaku di negara-negara yang mengamalkannya.

Disebabkan itu jugalah pelabur dan pedagang akan menghadapi perubahan pada waktu dagangan seperti waktu pembukaan dan penutupan pasaran atau masa data-data ekonomi diterbitkan mengikut jadual kalendar.

Contohnya data pekerjaan NFP AS pada bulan September masih diterbitkan pada jam 8.30 malam, tapi di bulan November data diterbitkan lebih lewat 1 jam iaitu pada 9.30 malam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat