Taiwan Semakin Garang, Beli Peluru Berpandu Dari AS

469

Taiwan nampaknya dalam perancangan untuk membeli ranjau laut termasuk peluru berpandu daripada Amerika Syarikat (AS) untuk menaik taraf kawalan persisiran laut dari serangan ketenteraan.

Keadaan Taiwan yang terkini, terpaksa berhadapan dengan tuntutan wilayah dan kedaulatan China terhadap pulau memaksa negara itu meningkatkan kemampuan asimetrik.

Ini bermakna Taiwan bukan sahaja perlu menfokuskan kepada kos yang efektif tetapi juga perancangan yang rapi untuk mencegah dari sebarang serangan dan bertindak balas.

Urusan dua negara itu melibatkan pemilikan beberapa peralatan pertahanan seperti ranjau laut dan peluru berpandu, yang mana akan bergabung dengan sistem peluru berpandu Hsiung Feng dari Taiwan bagi pertahanan perairan yang jauh lebih baik.

Keperluan itu juga akan digunakan untuk pertahanan pertahanan di pulau-pulau Laut China Selatan di bawah seliaan Taiwan yang mana dituntut Beijing hampir keseluruhannya.

Secara tidak langsung, strategi Taiwan kali ini memperlihatkan usaha mempertingkatkan kemampuan pertahanan asimetri merupakan keutamaan negara itu.

Mei lalu, buat kali pertama Washington melaporkan mereka sedang berunding dengan Taiwan dalam menjual empat buah drones (pesawat tanpa pemandu) dan Taiwan mendedahkan pihak mereka merancang untuk membeli Boeing Harpoon, peluru berpandu anti kapal.

Sebelum ini AS tidak memberi sokongan kepada Taipei susulan daripada hubungan dua negara itu terputus pada 1979. Walaupun begitu, AS masih merupakan pembekal senjata terbesar Taiwan kerana terikat dengan polisi untuk membekalkan mereka keperluan pertahanan.

Namun, sejak hubungan AS dan Beijing semakin memburuk berikutan isu yang melibatkan hak asasi manusia dan perdagangan, pentadbiran Trump kini lebih memberi sokongan mereka kepada Taiwan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat