Tak Berbaloi? Binance US Batal Perjanjian $1.3 Bilion Bersama Voyager Digital!

112

“Mungkin Binance US rasa macam rugi je beli aset bursa kripto ni.”

Bursa gergasi mata wang kripto Binance US membatalkan perjanjian $1.3 bilion untuk membeli aset pemberi pinjaman aset digital Voyager Digital susulan pengawalseliaan yang semakin lemah.

Melalui pemfailan mahkamah pada hari Selasa, peguam Voyager berkata bahawa Binance US memiliki hak deposit bernilai $10 juta dan yuran penamatan tetapi bursa tersebut masih tidak berminat membeli asetnya.

Hal ini kerana Binance US berkata bahawa ketidaktentuan pengawalseliaan telah menjadi sebab komuniti perniagaan Amerika Syarikat (AS) terkesan sambil menambah mereka akan wujudkan platform yang benarkan pelanggannya mengambil bahagian dalam ekonomi aset digital.

Susulan tindakan Binance US itu, Voyager kini akan mengalami kesukaran untuk mengumpul dana melalui penjualan aset bagi membayar balik pemiutang sejurus selepas bursanya mengalami kemusnahan pada tahun lepas.

Terdahulu, Voyager bersetuju untuk menjual asetnya kepada FTX namun malangnya perjanjian tersebut gagal serta merta apabila bursa kripto itu menghadapi kebankrapan pada November 2022.

Selepas itu, Binance US mula berminat untuk membeli aset Voyager tetapi sekali lagi dihalang sebaik sahaja seorang hakim persekutuan menghentikan Voyager daripada melengkapkan perjanjian yang dicadangkan.

Ekoran Binance US menamatkan perjanjian untuk membeli aset tersebut, Voyager akan meneruskan rancangannya sebelum ini yang ingin memulangkan kripto dan wang tunai secara terus kepada pelanggan mereka melalui platformnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat