Tak Dapat Diselamatkan, USD Semakin Jatuh Ke Bawah

3,037

US dolar terus memperpanjangkan penyusutan pada sesi Eropah selepas dikecewakan oleh bacaan data pembuatan Amerika Syarikat yang menyuramkan.

Tinjauan ISM menunjukkan aktiviti perkilangan di AS menguncup ke paras terendah hampir 3 tahun pada bulan Mac susulan kemerosotan berterusan dalam pesanan baru.

Sementara semua sub-komponen dalam PMI pembuatan di bawah tahap 50 (penguncupan) buat pertama kali sejak 2009.

Angka menyuramkan ini telah menambah tekanan buat US dolar untuk menyusut rendah seiring dengan kemerosotan yang dicatatkan hasil bon AS 10 tahun.

Berbanding kebanyakan mata wang utama, indeks dolar didagangkan jatuh pada paras terendah 2 bulan pada 101.96 ketika awal sesi Eropah.

Ekoran kelemahan USD, mata wang euro dan pound terus memanfaatkan peluang ini untuk melanjutkan kenaikan lebih tinggi.

Ini dilihat pada pergerakan euro yang berusaha untuk menembusi lebih jauh paras harga 1.0900 yang telah diuji beberapa kali sebelum ini.

Pound pula berjaya mendaki lebih tinggi untuk didagangkan pada paras paling kukuh sejak Jun 2022 pada sekitar harga 1.2470 berbanding greenback.

Dalam pada itu, dolar New Zealand melonjak ke paras tertinggi sejak pertengahan Februari, tetapi dolar Aussie merosot susulan keputusan mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA).

RBA memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada 3.60% dan memberi indikasi bahawa kadar tunainya sudah hampir ke puncak.

Selain itu, dolar Kanada pula terus mengekalkan momentum pengukuhannya untuk didagangkan di paras tertinggi 2 bulan berbanding USD.

Menuju sesi New York, pelabur akan memberi tumpuan kepada data JOLTS, pembukaan pekerjaan AS sebagai petunjuk kepada laporan NFP yang bakal dikeluarkan Jumaat nanti.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat