Tak Disangka, Donald Trump Jana Untung Dalam Pelbagai Memecoin!

265

“Mesti Trump sukakan, ye la dapat memecoin free je pastu terus ada untung.”

Tidak seperti pelaburan atau perdagangan tradisional, bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump didedahkan memegang jumlah lapan angka dalam pelbagai memecoin melalui airdrop harian daripada pembangun projek memecoin berbeza.

Peristiwa tersebut menekankan lagi pertemuan unik antara politik dan mata wang kripto yang menekankan kebangkitan “PolitiFi”, di mana ia merupakan gabungan tokoh politik serta kewangan decentralized (DeFi).

Jadi di sini dapat dilihat pembangun beberapa memecoin yang menghantar token ke address Ethereum (ETH) awam Trump telah berjaya meningkatkan portfolio digital beliau secara ketara sehingga melepasi $10 juta.

Perjalanan bermula apabila address 0x5Fc membelanjakan hanya $25 bagi membeli 376,000 token TRUMP pada 10 bulan lalu kemudian kebanyakan memecoin telah dipindahkan ke 0xc31 yang pegangannya kini sudah bernilai lebih $5 juta.

Selain TRUMP, memecoin BIDEN turut melihat aktiviti luar biasa apabila seorang trader yang membeli sejumlah besar BIDEN bernilai $17,500 telah memperoleh separuh daripada pegangannya susulan sudah berkembang melebihi $550,000.

Suka dimaklumkan address 0x321 pula bukan sahaja memegang $14.8 juta dalam TRUMP tetapi turut mempunyai kedudukan besar dalam memecoin dikaitkan Robert F. Kennedy Jr. dipanggil BOBBY setelah menerima airdrop 526 juta BOBBY bernilai $180,000.

Biarpun masih tidak pasti sama ada trend tokoh dan tema politik akan berterusan berkembang atau tidak, gabungan antara politik dan memecoin pada masa ini sedang hangat diperkatakan di seluruh pasaran kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat