Tak Jadi Turun, EUR/USD Panjat Semula Atas Paras $1.0600

103

Minit mesyuarat FOMC yang diterbitkan pada awal pagi tadi dilihat tidak mengundang reaksi ketara pada pergerakan US dolar.

Malah, US dolar telah mula bergerak suram sebelum itu lagi apabila data tinjauan ISM bagi sektor pembuatan di Amerika Syarikat (AS) diterbitkan dengan angka yang kurang memberangsangkan, kekal di bawah paras 50.0 mata.

US dolar juga terkesan oleh pemulihan pada sentimen pasaran ekoran laporan daripada China yang sedang mempertimbangkan untuk melonggarkan semula sekatan import arang batu dari Australia.

Perkembangan pembukaan ekonomi negara itu juga masih dipantau walaupun peningkatan kes Covid-19 kini menjadi kebimbangan terbaru.

Berbeza berbanding pengukuhan pada Selasa lalu, US dolar kembali bergerak lemah sepanjang Rabu semalam sehinggalah tumpuan terarah pada minit mesyuarat FOMC.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga sebelum ini telah mencecah paras terendah mingguan sekitar 1.05200 kembali mendaki semula sebelum mendatar di atas paras 1.06000.

Kembali berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD memberi isyarat pergerakan trend bearish yang gagal.

Berkemungkinan harga akan meneruskan kenaikan jika US dolar terus melemah menjelang laporan data pekerjaan NFP AS pada Jumaat dengan ramalan bacaan data yang suram.

Jika kenaikan diteruskan, harga bakal menuju semula ke zon rintangan 1.07000 yang telah dicapai pada penutup 2022 lalu.

Melepasi rintangan tersebut akan mendorong kenaikan lebih tinggi menuju sasaran 1.08000 sekaligus mencatatkan paras ketinggian terbaru 7 bulan.

Sebaliknya jika harga menjunam semula di bawah paras 1.06000, penurunan akan diteruskan semula untuk menuju zon sokongan pada 1.05000.

Penurunan lebih rendah dijangka boleh mencecah sehingga sekitar 1.04000 sekiranya US dolar kembali menemui rentak pengukuhannya semula.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat