Harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD telah menjunam 130 pips pada Jumaat lalu yang agak mengejutkan berikutan situasi yang tak terjangka berlaku selepas laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan.
Ini adalah susulan pengukuhan yang berlaku oleh US dolar ketika komponen pada laporan yang diteliti agak suram.
Walaupun pertambahan pekerjaan untuk bulan Ogos agak baik, namun purata pendapatan catat angka yang menurun manakala lebih membimbangkan apabila kadar penganguran melonjak dari 3.5% kepada 3.8%.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/20230904-104506a
US dolar melemah sebentar ketika data diterbitkan menyaksikan harga pada carta GBP/USD melonjak dahulu menguji paras 1.27000.
Namun, US dolar yang kembali mengukuh telah menjunamkan harga jatuh ke bawah dasar 1.26000 di penutup sesi terakhir minggu itu.
Paras 1.27000 dan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut dilihat gagal dilepasi dan harga memberi isyarat untuk pergerakan bearish.
Menyambung dagangan pada pembukaan awal minggu ini, harga berlegar perlahan di sekitar 1.26000 pada sesi Asia.
Penurunan lebih rendah akan dijangkakan berdasarkan corak sebelum ini dengan sasaran terbaru untuk dituju harga adalah pada zon 1.25000.
Ini akan menjadikan rekod terendah terbaru 12 minggu jika harga mencecah sekitar tersebut.
Sebaliknya jika harga mencanak naik semula minggu ini selepas bergerak di atas 1.26000, halangan MA50 akan diuji dan juga paras 1.27000 bakal cuba untuk ditembusi.
Jika halangan berikut berjaya diatasi, kenaikan lebih tinggi harga akan diperlihatkan untuk menuju pula zon rintangan yang berada pada 1.28000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG