Tak Lepas Tembus Resistance 1.2300, EUR/USD Terjun Semula

435

US dolar pamerkan pengukuhan semula selepas pasaran saham menyaksikan kejatuhan semula mendorong permintaan meningkat terhadap aset safe-haven.

Selain peningkatan kes jangkitan virus, ketidaktentuan politik di Amerika Syarikat (AS) menjelang pilihan raya Georgia menambah risiko tekanan terhadap US dolar bagi meanntikan keputusan wakil Senat sama ada dari pihak Republik atau Demokrat.

US dolar kembali bangkit semula dari paras terendah 2 setengah tahun selepas pelabur mula melihat sentimen pasaran yang kembali berisiko.

Pada carta harga pasangan mata wang utama EUR/USD, harga pada awal minggu pamerkan lonjakan dengan menyambung penyusutan US dolar dari penghujung tahun lalu.

Namun, selepas menguji zon resistance 1.23000, harga kembali menjunam semula susulan pengukuhan US dolar di sesi New York.

Penurunan harga juga turut turun semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga memberi isyarat awal untuk trend bearish.

Namun penurunan terbantut pada paras sokongan 1.22500 sebelum kenaikan harga dilihat semula pada sesi Asia hari ini (Selasa).

Harga berlegar di atas paras 1.22500 pada zon RBS (resistance become support) dan juga menguji paras halangan MA50 untuk memberi petunjuk pergerakan selanjutnya harga.

Jika harga meneruskan kenaikan, zon resistance 1.23000 akan sekali lagi diuji dan pelabur akan menilai reaksi harga di zon tersebut.

Namun jika harga membuat penurunan lebih rendah di bawah paras 1.22500, trend awal penurunan harga bakal berlaku dengan paras sokongan pada 1.22100 akan cuba ditembusi harga.

Penurunan lebih rendah akan menguji zon RBS tumpuan sebelum ini pada 1.21800-1.21500 yang akan menjadi zon sokongan harga untuk jatuh lebih rendah.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat