“Mungkin boleh harga XRP naik sampai macam tu tapi bukan dalam masa terdekat ni kot.”
Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) yang memfailkan taklimat interlokutori untuk merayu keputusan oleh Hakim Analisa Torres dapat mengakibatkan Ripple (XRP) tidak dianggap sebagai sekuriti apabila dijual di pasaran sekunder.
Susulan rayuan SEC mewujudkan ketidakpastian di kalangan pelabur XRP, tekanan jualan telah tercetus sehingga menyebabkan harga XRP tergelincir lebih 10% dalam tempoh 14 hari lalu.
Walaupun masih tidak pasti bagaimana harga XRP akan meneruskan kenaikan semula, terdapat beberapa faktor tertentu yang dapat mendorong aset digital tersebut mendaki lebih tinggi daripada harga semasanya.
Antaranya adalah sentimen pasaran, di mana tinjauan positif terhadap XRP bukan sahaja dapat membawa pada peningkatan harga dan minat secara ketara malah penggunaan secara besar-besaran jika SEC gagal dalam rayuannya.
Keadaan keseluruhan pasaran kripto turut memainkan peranan penting dalam menentukan pergerakan harga XRP susulan banyak aset digital sebelum ini berjaya cecah paras tertinggi sepanjang masa apabila pasaran kripto menyaksikan kenaikan antara pertengahan tahun 2020 dan akhir 2021.
Bukan itu sahaja, harga XRP mampu mencanak apabila ia memperkenalkan kemajuan teknologi baharu ataupun kes penggunaannya ditambah pula terdapat kejelasan peraturan mengenai aset digital.
Baru-baru ini, bekas pegawai SEC John Reed Stark menyindir khabar yang mengatakan kemenangan Republikan dalam pilihan raya Amerika Syarikat (AS) nanti dapat sebabkan polisi lebih mesra kripto termasuk memiliki peraturan lebih jelas.
Sudah sedia maklum XRP berjaya melonjak 710% dalam masa enam bulan, jadi tidak mustahil untuk harganya naik lagi sebanyak 700% bagi melepasi $5 sekiranya faktor-faktor tersebut menjadi kenyataan tetapi perlu diingat ia juga mampu buat situasi berbeza.
Setakat penulisan ini, harga XRP tergelincir sebanyak 3.63% pada paras $0.60 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $32 bilion seterusnya merekodkan penurunan sekitar 4.76% sepanjang minggu lepas.